MANSA PUKAU

17 Mac 2012

PERKHABARAN DARI BUDAK HITAM . HITAM ? EH ?

Assalamualaikum .

Hai pembaca-pembaca yang dah lari sekalian , waddup ?

Ingat lagi dekat aku ? Baik kau cakap ingat , sebelum aku lempang kau . K ganasnya . Okay , aku tau blog ni dah hmm what should i say ? Hmm k tak sampai hati nak kutuk blog sendiri . Sob sob . Sebenarnya , aku tak ada broadband nak bawak dekat sini . Sebab mama aku cakap , kalau aku bawak broadband , nanti aku lalai , tak study , habiskan duit mak bapak je keje . Zzzzzz k memang pun . Ceh ! Sekarang tak ada broadband pun lalai jugak padahal .

"Tapi , bukan ke kat situ ada wifi ?"

Wifi ? Come again , WIFI ??? Oh sheet . Aku rasa kat sini la wifi paling lembab pernah aku jumpa . Seriously , kalau aku jadi pengarah kat sini , dah lama aku bakar diri sebab tak boleh sediakan wifi yang lebih mantop untuk pelajar-pelajar dia . Yang aku tak puas hati , time bukak portal kolej , laju kemainn . Tak guna punya wifi . Luzer . Come on , kesian budak budak nak bukak fesbuk pun tersekat sekat .

Tipu ? Aku tipu pulakkk ? Hey bitchy baby , aku tak tipu la .

Sebenarnya , ramai jugak yang bertanya kepada aku dekat facebook , twitter ,  

"Y YU NO update ?"

Because sebagai peminat , of kos la depa dok tunggu-tunggu tulisan aku kan ? *tumbukmukasendiri*

Kalau nak cerita pasal aku , alhamdulillah makin kurus sekarang . Masih comel seperti dulu . Ye ye , manisnya pun masih ada . Apa tah lagi ke-ayuannya . Terserlah gituuu . Puihh puihh .

K fine , dah hitam sikit . Akibat terdedah dekat Penang yang hangat ni . Hangat bak ang ! But , who cares ? Hitam manis apaaa . Aku ulang , aku manis . Tapi cantik lebih aaa *pose muncung itik*

And yes , orang masih panggil aku pendek . Aku dah merasa gelaran ni dari sekolah rendah sampai aku dah masuk kolej pun orang still panggil aku pendek lagi . Sampai aku rasa aku ni orang paling pendek kat dunia ni . Lebih malang lagi , Mus panggil aku cathode (sedap sikit eja) which is equal to ketot . Sob sob sadis sungguh bunyinya untuk orang yang dah 19 tahun macam aku ni . Dan masih dipanggil pen... K FINE WEHH FINE ! *imoshenel*

Handsome boys and cute girls out there , please . Tolonglah sesiapa backup aku pasal hal ni T-T

Wait ! Cuba kau tengok shoutmix box kat belah tepi ni ---->
Sejak bila dia expired pun aku tak tau . Harhar , nampak sangat dah lama tak bukak blog . Boooo .

Dan ... mungkin aku dah boleh buang badge Liverfool ni . Sumpah rasa fucked up . Kau tau apa masalah Liverpool ni sebenarnya ? Pepe* Reina . Aku rasa si botak tua ni dah boleh balik rumah bertaubat lagi bagus . Juga Andy Carroll . Badan beso macam gajah tapi lemak je banyak . Puih puih .

Ekceli , bulan 4 ni aku final exam . Lepas tu aku CUTI 4 BULAN WOI duduk kat rumah ! Masa tu lah aku rasa dunia ni aku yang punya . Ni nak habaq , tolonglah doakan aku dapat 4 flat untuk last sem ni . Dapat tak dapat lain cerita . Yang penting korang doakan . Hew hew . Dan pasal blog ni ... erm ...

Krik krikk . Krik krikk .

K fine . Kau tunggu bulan 5 wehh . Kau tungguuu . Hurh ! *muka kerek*

K bye . Lulz .


Celaka kau BANGANGBOT -.-

Eh ? Betul ke aku yang update ni ? Eh ?

15 Oktober 2011

6 KELEBIHAN ORANG PENDEK BERBANDING ORANG TINGGI

Assalamualaikum .

Setelah sekian lama tak main-main kat sini , hari ni aku nak mempertahankan diri aku dan membantu golongan-golongan berpendapatan rendah seperti aku .



1 - Jimat duit , wang dan ringgit .
Cuba korang pergi tengok wayang . Harga tiket dewasa biasanya RM11 seorang . Tapi kalau kau pendek , boleh je menyamar . Buat muka comel . "Akak , aya aru ajah ige " . Dapatlah potongan harga kanak-kanak . Tak ke jimat ? Hek Hek ! Duit yang jimat tu kalau kumpul-kumpul , boleh le beli calci-yum tambah tinggi sikit .

2 - Sentiasa dipanggil comel .
Dalam hal ini , Tak kisah la muka kau macam muka pecah pintu ke , tapi kalau kau pendek . Konpem semua panggil kau comel kan ? Orang pendek , semua nampak comel . Uwww bahagia rasanya orang dok panggil comel , omei , tomei , momel , comeyyyyy . Ye dak ? Hew hew !

3 - Senang dapat pakwe / makwe .
Haaa , sekali baca nampak macam takde kena mengena kan ? Hihi . Meh aku habaq , la ni , hangpa semua kan suka awek comel , pakwe comel . Nak yang korea korea gituuuu . Mengikut pada kajian , ramai orang lagi suka yang cute daripada yang preety or sweet . Rujuk kepada point nombor 2 , orang pendek kan comel . Jadi , orang pendek lagi senang dapat status In A Relationship kat fesbuk . Boleh lah nak "anjeeeee , ayangggg" .

Awww , so sweetttttt .

4 - Kepuasan ketika bershopping .
Selalunya , bila musim-musim perayaan je , mesti saiz seluar yang kita nak dah habis kan ? Tapi tidak untuk orang pendek . Sentiasa ada saiz . Tak macam orang tinggi , kena tunggu stok . Letih la menunggu sesuatu yang tak pasti ni . Keh keh . Cer tengok orang pendek . Hari tu jugak dapat seluar . Pergi je kids department . Konfem ada saiz . Winkkkk *keningkening* . Hohohohotak kauu !

Kelebihan mengikut konsep sains .

5 - Tidak mudah jatuh .

 . Sekali jatuh , seribu kemaluan .

Kalau ada makcik keliner kat sekolah korang ke , toilet awam ke , unibesiti ke , dok duty mop mop lantai . Licin gituuu . Kebarangkalian orang pendek untuk jatuh tu lebih rendah berbanding orang tinggi . Aku percaya korang semua kan belajar sains masa sekolah dulu , jadi mesti la korang tau konsep center of gravity rendah ke tinggi . Jadi aku percaya peratusan orang tinggi yang jatuh adalah lebih tinggi berbanding peratusan orang pendek yang jatuh . Wuuuuu siapa pendek tu dah boleh buat muka bangga sekarang . Tapi kalau dah jatuh jugak ,

Celaka ! je laa yang korang boleh cakap . Koh Koh .

6 - Jimat sabun .
Orang pendek ialah orang yang paling sikit main sabun . Kih kih . Asal macam lucah ni . Kih Kih . Tak , apa yang aku maksudkan , bila orang tu pendek , lagi kuranglah dia guna sabun . Mengikut konsep sains , the shorter the person , the smaller its surface area . Nak gosok badan pun tak guna banyak sabun . Haa , cer bangga . At least , takdek la bil bulanan melambak sebab beli sabun ye dak ? Lagi-lagi kalau yang suka ....

Amboiii , pikir lucah lettewwww !

Akhir kata , orang pendek memang comel . Haishhh , harapnya korang paham lah yee aku ni comel . Malu lerrr nak habaqqq dairekk  .

^.~ <---- Tomei tak iterww ? Ahaks .

.

16 Julai 2011

AMIK MOP LETAK AJAX FABULOSO TONYOH TONYOH LAP HABUK DEKAT BLOG

Tajuk tak boleh sedap lagi ke ? *Mencebik*

Assalamualaikum .

Situasi 1 :
Mira , jom tubik ? Tak nak bab pe ? Mu jangang lebong sokmo *kelajuan : 220 km/j*
Kamus :
Mira , jom keluar . Tak nak sebab apa ? Kau jangan menipu selalu *kelajuan : 120 km/j*

Situasi 2 :
Gapo dio , panas so oh . Mek mu dah siak ? Tolol mu . Saloh ni . Mu tak pehe ke ? Nak ghoba nak ghoba  !
Kamus :
Apa dia ? Panas so hot . Maths kau dah siap ? Bodoh la kau . Salah ni . Kau tak paham ke ? Nak rubber nak rubber !

Rubber is not equal to raba ye kawan-kawan . Haraf maaf , tak boleh buat korang berahi .

Situasi 3 :
Hang ni loklaq laaa . Awat mangkak sangat . Cubit pungkoq baru tauuu . Ke hang nak cubit peliaq ?
Kamus :
Kau ni ______ laa . Kenapa mangkuk sangat ? Cubit bontot baru tahu . Ke nak cubit ko*ek kau ?

*psst : Aku masih tak tau loklaq tu apa -.-' . K loser . K .

Best jugak dengar berbagei bahasa ni . Bila tak paham , baru aku rasa aku ni lampi . K lampi . Masuk bilik dengar tu , masuk kelas dengar ni , pergi kafe dengar itu ini . Duduk penang dah macam duduk dekat satu Malaysia (Y) .

Lagi satu , dekat sini , depa panggil kedai fotostat tu ketat . Bangunan pentadbiran tu pentad .

Nampak tak macam kurang ajar ? Muahahaa . Tak ? Tak kurang ajar ? Serius tak ? Okay , aku bagi contoh ;

Ketat gila pentad kau . Harhar . Sekarang kurang ajar tak ? Hikhik *gelak tutup mulut tangan sebelah di dada*

Konklusinya , saya amat merindui Selangor . Ya Tuhan , amat . Ye , amat . *racist*

Eh , habuk dah tak de ? Eh ?

*sidai mop*

Okay nah . Muka bahagia sambut birthday dekat Penang -..-  Padahal ...